Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR
1. Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR (“Notis”) ini menggariskan dasar-dasar STFR Resources Sdn. Bhd. (“STFR”) mengenai pemprosesan Data Peribadi anda. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan menguasai.
2. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, butiran kenalan, alamat, maklumat kad pengenalan anda, jawatan anda dalam syarikat, imej atau gambar anda, data biometrik, dan sebarang maklumat lain mengenai anda yang telah anda berikan kepada STFR berhubung dengan sebarang penglibatan, interaksi, dan surat-menyurat antara anda dengan STFR dan/atau apa-apa maklumat tentang anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, diguna, diproses oleh STFR dari semasa ke semasa (seperti dinyatakan di bawah).
Sumber-sumber Data Peribadi
3. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada STFR secara langsung, STFR mungkin mengumpulkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti:-
4. Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR adalah wajib atau secara sukarela seperti dinyatakan di bawah:-
Jika anda seorang penyewa:-
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau diberi akses ke premis. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan STFR menolak permohonan anda untuk memasuki Premis. STFR juga mungkin tidak dapat memaklumkan anda dalam suatu keadaan kecemasan tanpa pemberian Data Peribadi tersebut.
Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau melawat Premis. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan STFR menolak permohonan anda untuk memasuki Premis.
Jika anda seorang pengguna Laman Web:
Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR melalui Laman Web adalah sukarela. Namun, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan STFR tidak dapat membalas atau menghubungi anda berkenaan pertanyaan anda.
Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, pembekal perkhidmatan:
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi tujuan pelantikan anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk anda, mengeluarkan pembayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang diberikan dan/atau membenarkan akses kepada anda untuk memasuki Premis atau tapak-tapak projek yang berkaitan. Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi adalah sukarela dan sekiranya anda ingin memilih keluar (‘opt out’), anda boleh menghubungi: Jualan dan Pemasaran melalui Telefon: 603- 2602 4100; E-mel: ace@stfresources.com.
Tujuan-tujuan Penggunaan
5. STFR boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan dan aktiviti STFR yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”):-
Jika anda seorang penyewa:
Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis:
Jika anda seorang pengguna Laman Web:
Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, atau pembekal perkhidmatan;
Umum (terpakai kepada semua):
dan anda memberi persetujuan kepada STFR untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan dan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Pemindahan Data Peribadi
6. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, diguna dan diproses dalam suatu bidang kuasa selain daripada Malaysia untuk Tujuan, termasuk di mana kemudahan teknologi maklumat atau pelayan-pelayan simpanan data STFR yang terletak di luar Malaysia. Anda faham dan memberi persetujuan kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dinyatakan di sini.
Pendedahan kepada Pihak-pihak Ketiga, dan Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia
7. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk mana-mana Tujuan. Selanjutnya, STFR mungkin melantik syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi bagi pihaknya dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut (yang mungkin terletak di luar Malaysia dan/atau memproses Data Peribadi anda di luar Malaysia). Pihak ketiga yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):-
Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi dengan pihak-pihak ketiga berhubungan dengan suatu transaksi korporat, seperti penjualan subsidiari atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan asset, atau sekiranya berlaku penggulungan.
Tempoh Pemprosesan Data Peribadi
8. Kami memproses Data Peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas, dan sepanjang tempoh kami dikehendaki berbuat demikian di bawah tempoh had berkanun yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami. Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk Tujuan atau keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.
Keselamatan Data Peribadi Anda
9. Kami komited untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda selaras dengan keperluan keselamatan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), serta dasar dalaman kami.
Akses dan Pembetulan
10. Anda boleh, dengan memberi notis bertulis, meminta untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dengan menghubungi STFR dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. STFR berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan-alasan yang diperuntukkan di bawah undang-undang. STFR juga berhak untuk mengenakan bayaran untuk pengaksesan Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Maklumat Hubungan
11. Sekiranya anda ingin mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan, untuk mengakses atau membetulkan data anda selaras dengan Seksyen 8, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi:
Ms. Lim Hwei Li
Designation : Pegawai Perlindungan Data
Telephone : +6 03 2701 9227
Emel : privacy@stfresources.com
Alamat : Level 2, Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa di mana anda memilih untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, ini mungkin menjejaskan keupayaan STFR untuk melaksanakan kewajipan yang tertentu untuk anda.
12. STFR berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada Notis ini akan berkuat kuasa setelah pemberitahuan telah dibuat kepada anda.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan melakukan mana-mana yang berikut:
Anda mengakui bahawa anda telah membaca Notis ini dan secara nyata bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh STFR seperti yang dinyatakan dalam Notis ini