ACE Conference Centre
Melayu

Servis & Kemudahan

Untuk kemudahan dan keselesaan anda di Pusat Persidangan ACE, turut disediakan kemudahan tambahan untuk menampung keperluan para penganjur dan peserta majlis di pusat ini. Ini juga berharap dapat menambahkan sedikit sentuhan dan hospitaliti. Di Pusat Persidangan ACE, kami yakin, dengan kelebihan senyuman yang diberikan, kami mampu pergi jauh.

Kemudahan Mesyuarat

Dengan mempunyai lebih dari 50 buah bilik mesyuarat yang tersedia, berserta kemudahan lengkap yang disediakan, Pusat Persidangan ACE membawakan anda satu pengalaman mesyuarat terhebat. Biarkan kami yang menguruskan perincian majlis anda menggunakan peranti dan peralatan kami yang berteknoloji tinggi dan terbaharu ini supaya anda dapat menumpukan perhatian kepada mesyuarat anda dengan hati yang tenang.

Makanan & Minuman

ANYTHYME IS A GOOD TIME TO EAT AT THYME OUT CAFE

Menawarkan seleksi pilihan bufet yang pelbagai merangkumi masakan Asia hingga masakan barat, kami pasti ada sesuatu buat semua.

Akses Internet Percuma

Kami memahami setiap keperluan tetamu kami. Dengan era teknologi yang semakin berkembang, Wi-Fi adalah salah satu perkhidmatan terpenting yang kami sediakan. Perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kami tersedia 24jam di lobi, bilik-bilik mesyuarat dan di setiap kemudahan kami.

Perkhidmatan pelayaran internet (http dan https) ini, membolehkan pengguna untuk mengakses Gmail, Facebook, membaca berita atas talian, mencari maklumat tempatan dan banyak lagi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi kaunter maklumat kami untuk maklumat lebih lanjut. (Tel: +603 2602 4100 atau e-mel kami di ace@stfresources.com).
Sentiasa Bahagia, Sentiasa Berhubung bersama kami!

Perpustakaan

Lokasi: Tingkat G

Ada sesuatu yang kami gemari mengenai melayari rak yang tinggi di perpustakaan ini. Kebiasaan membaca buku-buku bahan bacaan yang berkaitan kewangan yang menarik membuatkan anda memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang mendalam sepanjang ketika anda berada dan menjelajahi perpustakaan ini.

Ruang Letak Kereta

Lokasi: Tingkat B1 & Tingkat B2

Dengan 468 ruang letak kereta termasuk 6 ruang letak kereta bagi golong Orang Kurang Upaya (OKU), anda boleh yakin bahawa anda akan tetap mendapat tempat meletakkan kenderaan anda. Ruang meletakkan kenderaan adalah amat senang untuk didapati dan mudah untuk diakses kerana berada di kawasan berdekatan. Pelanggan akan dibawa dengan mudah ke kawasan terbuka disamping menikmati harga meletak kenderaan pada kadar sama rata.

Surau

Lokasi: Tingkat B1

Surau lelaki dan perempuan ada disediakan buat tetamu Muslim dan terletak di tingkat Basement 1.

Bilik Penyusuan

Lokasi: Tingkat 4

Kami memahami betapa pentingnya bagi seorang ibu yang berkerjaya untuk menyusukan bayinya. Bilik Penyusuan yang berada di tingkat 4 disediakan bagi memudahkan para ibu yang menyusu untuk menyusukan bayi mereka dan ini boleh dilakukan di tempat yang tertutup.