ACE Conference Centre
Melayu

Akta Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR

1. Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR (“Notis”) ini menggariskan dasar-dasar STFR Resources Sdn. Bhd. (“STFR”) berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan menguasai.

2. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, butiran kenalan, alamat, maklumat kad pengenalan anda, jawatan anda dalam syarikat, imej atau gambar anda, dan sebarang maklumat lain mengenai anda yang telah anda berikan kepada STFR menurut mana-mana perhubungan, interaksi, dan surat-menyurat antara anda dengan STFR dan/atau apa-apa maklumat tentang anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, diguna, diproses oleh STFR dari semasa ke semasa (seperti dinyatakan di bawah).

3. Sumber-sumber Data Peribadi

Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada STFR secara langsung, STFR mungkin mengumpulkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti:-

 apabila anda mengisi dan menghantar permohonan, deklarasi, pendaftaran atau borang pertanyaan atau borang-borang lain yang serupa kepada STFR;
 apabila anda memberikan sebarang Data Peribadi atau maklumat kepada STFR melalui Kod QR;
 melalui laman web SFTR di http://www.stfresources.com dan www.a-c-e.my (“Laman Web”). Data peribadi anda juga mungkin dikumpulkan dari kuki yang digunakan oleh Laman Web;
 apabila anda melawat atau memasuki Bangunan AICB (“Premis”), Data Peribadi anda mungkin dikumpul secara langsung atau tidak langsung dari kawalan akses dan sistem-sistem pemantauan seperti televisyen litar tertutup (CCTV), pendaftaran Kod QR, perisian pengecaman wajah dan buku-buku log pendaftaran pelawat;
 jika anda seorang kontraktor, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, dari tender-tender atau cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh anda atau syarikat anda.
 dari pelbagai entiti atau bahagian di bawah STFR;
 dari pihak-pihak berkaitan STFR seperti Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Asian Banking School Sdn Bhd (ABS) dan Finance Accreditation Agency (FAA);
 dari sumber-sumber pihak ketiga seperti ejen atau rujukan pihak ketiga atau cadangan; atau
 maklumat yang dihasilkan semasa perhubungan dan interaksi anda dengan STFR.

4. Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR adalah wajib atau secara sukarela seperti dinyatakan di bawah:-

Jika anda seorang penyewa:-
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau diberi akses ke premis. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan STFR untuk tidak memberi anda akses ke Premis. STFR juga mungkin tidak dapat memaklumkan anda dalam suatu keadaan kecemasan tanpa pemberian Data Peribadi tersebut.

Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau melawat Premis. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan STFR untuk tidak memberi akses ke Premis.

Jika anda seorang pengguna Laman Web:

Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR melalui Laman Web adalah sukarela. Namun, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan STFR tidak dapat membalas atau menghubungi anda berkenaan pertanyaan anda.

Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, pembekal perkhidmatan:
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi tujuan pelantikan anda untuk membekalkan perkhidmatan atau produk anda, mengeluarkan pembayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang diberikan dan/atau membenarkan akses kepada anda untuk memasuki Premis atau tapak-tapak projek yang berkaitan. Pemberian Data Peribadi anda untuk pemasaran dan tujuan promosi adalah sukarela dan sekiranya anda ingin memilih keluar (‘opt out’), anda boleh menghubungi: Jualan dan Pemasaran di Telefon: 03-2602 4254; E-mel: ace@stfresources.com.

Tujuan-tujuan Penggunaan

5. STFR boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan dan aktiviti STFR yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”):-

Jika anda seorang penyewa:
 untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan STFR mengenai sebarang perjanjian yang dimasuki oleh anda;
 untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan penyewaan anda dengan STFR, seperti tempahan bilik-bilik mesyuarat, untuk mengeluarkan kad-kad akses bagi memasuki bangunan dan tempat letak kenderaan bermusim;

Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis:
 untuk tujuan mengenal pasti identiti anda;
 untuk pemeriksaan keselamatan;

Jika anda seorang pengguna Laman Web:
 untuk membalas sebarang pertanyaan atau surat-menyurat daripada anda, seperti apabila anda menghantar apa-apa pertanyaan pada Laman Web;

Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, atau pembekal perkhidmatan;
 untuk mempertimbangkan dan menilai sebarang tender atau cadangan yang dikemukakan oleh anda atau syarikat anda kepada STFR;
 untuk berkomunikasi dengan anda atau syarikat anda mengenai tender atau cadangan;
 bagi tujuan pelantikan anda untuk membekalkan perkhidmatan atau produk atau memberikan anda projek;
 untuk memudahkan atau membolehkan sebarang pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh STFR untuk melantik anda;
 untuk memproses pembayaran berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang telah anda berikan;
 untuk menghantar barangan pemasaran atau promosi kepada anda;

Umum (terpakai kepada semua):
 untuk membalas sebarang pertanyaan, komen, dan/atau surat-menyurat daripada anda;
 untuk berkomunikasi dengan anda atau menghubungi anda atau syarikat anda (jika terpakai) untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
 bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman;
 bagi tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
 bagi tujuan penyiasatan dalaman atau luaran;
 bagi kelulusan dan pematuhan undang-undang dan kawal selia, sama ada dalam atau luar Malaysia; dan
 bagi mana-mana tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang

dan anda memberi persetujuan kepada STFR untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan dan dengan cara yang telah dikenalpasti dalam Notis ini.

Pemindahan Data Peribadi

6. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, diguna dan diproses dalam suatu bidang kuasa selain daripada Malaysia untuk Tujuan, termasuk dalam kemudahan teknologi maklumat STFR atau pelayan-pelayan simpanan data yang terletak di luar Malaysia. Anda faham dan memberi persetujuan kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dinyatakan di sini.

Penggunaan oleh dan pendedahan kepada pihak-pihak ketiga

7. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak-pihak ketiga bagi Tujuan. Selanjutnya, STFR mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal-pembekal perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan oleh itu mungkin memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):-

 pihak-pihak ketiga di mana STFR menyumberluarkan fungsi-fungsi dalaman tertentu, seperti vendor-vendor teknologi maklumat, pembekal-pembekal perkhidmatan keselamatan dan pengurusan bangunan (jika berkenaan);
 para penasihat profesional STFR termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, penasihat kewangan dan perunding;
 kepada pihak-pihak berkaitan STFR atau pelanggan perkhidmatan bersama seperti Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Asian Banking School Sdn Bhd (ABS) dan Finance Accreditation Agency (FAA), di mana anda seorang kontraktor, vendor, pembekal atau pembekal perkhidmatan bagi mana-mana pihak berkaitan tersebut;
 entiti-entiti atau pihak-pihak berkaitan yang lain; dan
 pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan statutori, kawal selia dan kerajaan.

Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi dengan pihak-pihak ketiga berhubungan dengan suatu transaksi korporat, seperti penjualan subsidiari atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan asset, atau sekiranya berlaku penggulungan.

Akses dan Pembetulan

8. Anda boleh, dengan memberi notis bertulis, meminta untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dengan menghubungi STFR dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. STFR berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan-alasan yang diperuntukkan di bawah undang-undang. STFR juga berhak untuk mengenakan bayaran untuk pengaksesan Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Maklumat Hubungan

9. Sekiranya anda ingin mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan, untuk mengakses atau membetulkan data anda selaras dengan Seksyen 9, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi:

Jika anda seorang penyewa atau tetamu atau pelawat Premis
Pembantu pentadbiran
Pengurusan bangunan dan pengemasan
Telefon: 03-2602 4100
E-mel: ace.helpdesk@stfresources.com

Semua pertanyaan lain
Pengurus, Operasi
Telefon: 03- 2701 9227
E-mel: privacy@stfresources.com

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa di mana anda memilih untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, ini mungkin menjejaskan keupayaan STFR untuk melaksanakan kewajipan yang tertentu untuk anda.

10. STFR berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada notis ini akan berkuat kuasa setelah pemberitahuan telah dibuat kepada anda.

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan melakukan mana-mana yang berikut:

 berkomunikasi dengan STFR secara berterusan;
 hubungan anda yang berterusan atau penglibatan oleh STFR;
 melawat/memasuki Premis; dan/atau
 dengan menggunakan Laman Web;

anda mengakui bahawa anda telah membaca Notis ini dan secara nyata bersetuju dan memberi kebenaran kepada penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh STFR seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.