ACE Conference Centre
Melayu

Thyme Out PDPA

Notis Perlindungan Data Peribadi Thyme Out

1. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menggariskan dasar-dasar STF Resources Sdn. Bhd., sebagai pemilik dan pengendali tempat makan di dalam Bangunan AICB (dirujuk secara kolektif sebagai “Restoran”) mengenai pemprosesan Data Peribadi anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tempat makan sedia ada seperti Thyme Out Café dan The Lounge, serta mana-mana tempat makan akan datang yang dikendalikan oleh kami di dalam Bangunan AICB. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan menguasai.

2. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, butiran kenalan, alamat e-mel anda, maklumat syarikat anda, kad-kad kredit atau butiran pembayaran, maklumat yang berkaitan dengan tempahan anda atau apabila anda makan di Restoran, maklumat yang berkaitan dengan pembelian dan penerimaan produk atau perkhidmatan anda, maklumat yang diberikan pada mana-mana kad cadangan atau borang soal selidik pelanggan dan/atau maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan, diproses oleh Restoran dari semasa ke semasa.

3. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Restoran secara langsung, Restoran juga mungkin mengumpulkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk apabila anda membuat tempahan atau makan di Restoran, daripada pembekal tempahan restoran dalam talian (seperti TABLEAPP), apabila anda memberikan kad nama anda atau mengisi suatu kad cadangan, apabila anda membuat suatu pertanyaan atau berinteraksi dengan Restoran melalui laman media sosial atau laman web Restoran atau apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Restoran di acara-acara.

4. Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib apabila anda membuat suatu tempahan untuk makan di Restoran. Sekiranya anda tidak memberi Restoran Data Peribadi anda, Restoran tidak akan dapat memproses dan merekod tempahan anda. Pemberian Data Peribadi anda adalah sukarela untuk Tujuan Pemasaran (seperti digariskan di bawah).

Tujuan-tujuan Penggunaan

5. Restoran mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan dan aktiviti Restoran yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”):-

  • untuk memproses dan merekod tempahan anda untuk makan di Restoran;
  • untuk berkomunikasi dengan anda mengenai tempahan anda;
  • untuk memberikan anda barangan, produk dan perkhidmatan yang anda telah minta;
  • bagi tujuan pengebilan dan pembayaran dan untuk sebarang barangan atau perkhidmatan yang anda telah beli atau minta;
  • untuk membalas pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;
  • untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
  • bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan Restoran termasuk pengauditan, perakaunan, analisis data dan penyiasatan;
  • untuk Restoran mematuhi keperluan kawal selia dan kewajipan undang-undang;
  • dan anda memberi persetujuan kepada Restoran untuk mengguna dan memproses Data Peribadi anda dengan cara yang telah dikenalpasti dalam Notis ini.

Tujuan-tujuan pemasaran dan promosi

6. Restoran juga mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain seperti menghantar kemas kini dan berita mengenai produk, perkhidmatan, promosi dan acara terbaru yang ditawarkan atau mungkin ditawarkan oleh Restoran atau rakan-rakan perniagaannya yang mungkin menarik perhatian anda, melalui perkhidmatan pesanan (seperti WhatsApp), panggilan dan/atau melalui e-mel (“Tujuan Pemasaran”).

7. Sekiranya anda tidak setuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Restoran untuk Tujuan Pemasaran, sila maklumkan Restoran menggunakan butiran kenalan yang dinyatakan di bawah.

Pendedahan kepada Pihak-pihak Ketiga dan Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

8. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak-pihak ketiga bagi mana-mana Tujuan dan/atau Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, Restoran mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal-pembekal perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan oleh itu mungkin memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak ketiga tersebut (yang mungkin terletak di luar Malaysia dan/atau memproses Data Peribadi di luar Malaysia). Pihak-pihak ketiga yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):-

  • pembekal-pembekal perkhidmatan seperti pembekal tempahan restoran dalam talian (seperti TABLEAPP) untuk membantu kami menguruskan tempahan tempat makan;
  • para penasihat profesional termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, penasihat kewangan dan perunding; dan
  • pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan statutori, kawal selia dan kerajaan.

Tempoh Pemprosesan Data Peribadi

9. Kami memproses Data Peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan dan Tujuan Pemasaran yang dinyatakan di atas, dan sepanjang tempoh kami dikehendaki berbuat demikian di bawah tempoh had berkanun yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami. Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk Tujuan dan Tujuan Pemasaran atau keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.

Keselamatan Data Peribadi Anda

10. Kami komited untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda selaras dengan keperluan keselamatan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), serta dasar dalaman kami.

Permintaan Akses dan Pembetulan dan Pertanyaan

11. Tertakluk kepada pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh meminta akses ke dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, meminta untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan Pemasaran dan/atau membuat pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menulis kepada:-

Ms. Lim Hwei Li
Designation : Pegawai Perlindungan Data
Telephone : +6 03 2701 9227
Emel : privacy@stfresources.com
Alamat : Level 2, Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

12. Restoran berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan-alasan yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Restoran juga berhak untuk mengenakan bayaran untuk pengaksesan Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

13. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan Data Peribadi anda oleh Restoran bagi Tujuan, ini mungkin menyebabkan Restoran tidak dapat memberi barangan atau perkhidmatan yang anda telah minta atau pesan.

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan memberi Data Peribadi anda kepada Restoran, dengan membuat pesanan dari Restoran dan/atau makan di Restoran, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan memberi persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Restoran seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda seperti dinyatakan dalam Notis ini, sila hubungi Restoran menggunakan butiran kenalan di atas.